Bengkel Perlaksanaan Program Miv Bersama Dtt (Kluster Yan)

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet Yan Kechil bersama Pusat Internet Bukit Besar dan Titi Teras telah terpilih menghadiri bengkel MIV di Pusat Internet Yan Kechil sempena menjayakan Projek MIV Bersama DTT (Digital Terrestrial Television) 2019. Kursus tersebut dihadiri oleh 15 orang sukarelawan yang terpilih serta 3 orang wakil staf Pusat Internet. Kursus ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan disampaikan oleh dua orang Wakil MCMC HQ bahagian MIV.

Untuk pengetahuan semua, Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai DTT perlu disebarkan kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum. Pelbagai kaedah sedang dilaksanakan untuk menghebahkan maklumat tersebut dan tujuan program MIV ini diadakan adalah untuk penglibatan Sukarelawan MIV (Malaysia ICT Volunteer) sebagai agen penyebar maklumat DTT dibawah program “MIV Bersama DTT”.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menjadi ahli sukarelawan MIV:
• Berminat untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan yang berkaitan dengan ICT.
• Para pesara, golongan professional dengan pelbagai latar belakang, pelajar universiti/kolej juga digalakkan untuk terlibat sebagai sukarelawan.
• Kelayakan minimum – Diploma atau setaraf.
• Menetap di sekitar Pusat Internet yang dipilih – bagi mereka yang tinggal jauh dari Pusat Internet namun mempunyai kaitan seperti contoh kampung halaman.
• 18 tahun dan keatas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali